Selasa, 06 Maret 2012

Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR
• Edward de Bono
( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat berbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
• Dewey
( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran boleh dirumuskan sebagai :“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan indra untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan berbagai cara yaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

PROSES BERFIKIR
· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam indra seseorang. Operasiterbahagi kepada 2 jenis yaitu:
i. Operasi Kognitif - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii. Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif yaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
• Sentiasa bersikap kostektif yaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiapkemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir yaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan berbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanya kepada diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.
• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik.Setiap idea perlu dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melenceng dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Robert Sperry.- Teori Robert Sperry menguraikan otak manusia yang menggunakan bagian kirinya berfikir secara kritis dan bagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, musik dan imaginasi.
Berdasarkan uraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dankreatif, kedua-dua bagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

TEORI KECERDASAN
Howard Gardner.- Howard berpendapat setiap orang dikaruniai potensi yang berbeda dalam fitrahnya.Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan yaitu;
i.    Kecerdasan linguistik
ii.   Kecerdasan logical-matematik
iii.  Kecerdasan visual-Spatial
iv. Kecerdasan muzik
v. Kecerdasan tubuh kinestetik
vi. Kecerdasan interpersonal
vii. Kecerdasan intrapersonal
Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat belajar di sekolah-sekolah.

TEORI EPISTIMOLOGI
Imam Al-Ghazali.- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membagi Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samata hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal). Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu pena'akulan dan mengupas kewujudan diri. Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan pena'akulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

TEORI KONSTRUKTIVISME
Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar indra, tetapi dibina dalam indra berdasarkan pengalaman sebenarnya. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinyasecara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalamansedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana iamelibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.

ALAT BERFIKIR
Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta indra dan alat. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakanuntuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN
• Pemikiran Konvergen
- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorangmenggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demimenghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yangsedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu caratertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalammenjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membedakan.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sudah ada.
• Pemikiran Divergen.- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secarakreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatumasalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergenmemerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai.Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supayamasalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
• Pemikiran Reflektif - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman- pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkankeputusan bagi tindakan seterusnya.Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapatdengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
• PemikiranKritis dan Kreatif Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman yang sudah ada

0 komentar:

Posting Komentar